Saturday 5 May 2012

RPH : Pendidikan Muzik Tahun 2



Tarikh
2 Mei 2012
Tahun : 2
Masa
8.30-9.30
Bilangan Murid

Bidang
Muzik dan Gerakan
Tajuk : Bunga Mawar
Pengetahuan sedia Ada
Murid-murid pernah menyanyi beberapa lagu yang lain.
Kemahiran
2.2 Bergerak secara muzikal
Objektif
Di akhir pelajaran, murid akan dapat
2.4.Menggerakkan anggota badan mengikut rentak irama muzik
2.5 Membuat gerakan yan sesuai dengan lagu atau muzik atau kedua-duanya yang mempunyai tempo yang berlainan
2.6 Membentuk badan mengikut mud atau lagu muzik
Konsep Muzik
HARMONI
  •      Dron
  •     Bordun
  •      Ostinato
  •      Triad
  •      Kaunter
  •      Melodi        
  •      PaduanSuara

BENTUK
     
  •       Rangkai
  •      Lagu
  •      Urutan
Penerapan Nilai
Bekerjasama, Berdisiplin
Penggabungjalinan
Bahasa Melayu, Pendidikan Moral

Alat Bantu Mengajar
Carta lagu,





Langkah / Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran (Guru)
ABM

Set Induksi
( 5 minit)











Refleksi Pelajaran Lepas
;Lagu ‘Bunga Mawar’

     i. Guru bertanya kepada murid tentang nyanyian lagu ‘Bunga Mawar ‘ pada pelajaran lepas.

      ii. Guru menyanyikan lagu ‘Bunga Mawar’

      iii. Guru meminta murid menyanyi bersama-sama.

      iv.Guru memperkenalkan kemahiran yang akan dipelajari oleh murid.

Aktiviti Pembelajaran (Murid)

i. Murid menjawab pertanyaan guru.

        ii. Murid mendengar dengan teliti guru 
            menyanyikan lagu ‘Bunga Mawar’
        iii. Murid  menyanyi bersama-sama

ABM:
Carta Lagu

Langkah 1
Membuat gerakan secara
bebas atau berpandu sebagai respon kepada permainan muzik yang didengar untuk merasai; detik, corak irama, dan tanda rehat
·  Pergerakan tangan –
menghayun, melambai,
melenggok
·  Pergerakan pergelangan
tangan – memusing, sisip
·  Pergerakan tubuh –
menghayun,
menggoyang, membuai

Aktiviti Pengajaran (Guru)

                i. Guru berbincang dengan murid mengenai gerakan yang sesuai untuk lagu ‘Bunga Mawar’.

               ii. Guru menunjukkan kepada  murid pergerakan yang telah dibincangkan bersama murid.

               iii. Guru meminta murid  membuat latihan solfa do,re,mi,fa,so,la,ti,do

               iv. Guru menyuruh murid menyanyi sambil brgerak

Aktiviti Pembelajaran(Murid)

                i. Murid memberi pendapat mengenai gerakan yang sesuai untuk lagu ‘Bunga Mawar’.

                ii. Murid memerhari dengan teliti  pergerakan yang telah dibincangkan bersama murid.

               iii. Murid  membuat latihan solfa do,re,mi,fa,so,la,ti,do

               iv. Murid menyanyi sambil bergerak
ABM;

Radio
CD Lagu
Langkah /Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran (Guru)

ABM

Langkah 2
Membuat gerakan secara
bebas atau berpandu sebagai respon kepada permainan muzik yang didengar untuk merasai; detik, corak irama,
dan tanda rehat
·  Pergerakan tangan –
menghayun, melambai,
melenggok
·  Pergerakan pergelangan
tangan – memusing, sisip
·  Pergerakan tubuh –
menghayun,
menggoyang, membuai
                i. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.(Lelaki & perempuan)

                ii. Guru memberi penerangan kumpulan yang bergerak dan menyanyi dengan baik akan menang

                iii. Guru meminta murid membuat persembahan ; menyanyi dan bergerak mengikut kumpulan

Aktiviti Pembelajaran (Murid)

                i. Murid  dibahagikan kepada dua kumpulan.(Lelaki & perempuan)

                ii. Murid mendnegar penerangan guru

                iii. Murid  membuat persembahan iaitu menyanyi dan bergerak mengikut kumpulan
ABM;

Radio
CD Lagu
 Penutup

                       
           
            i. Guru memberi markah pertandingan antara kumpulan lelaki dan perempuan

            ii. Guru mengumumkan kumpulan yang menang

            iii. Guru meminta murid menyanyi lagu bunga mawar sambil melakukan pergerakan



                 i. Murid memerhatikan markah pertandingan yang diberi oleh guru
                 ii. Murid menerima keputusan guru dengan ekspresi gembira
                 iii. Murid  menyanyi lagu bunga mawar sambil melakukan pergerakan


ABM;

Radio
CD Lagu


Bunga Mawar

Ku tanam pokok bunga
Bunga mawar namanya
Kusiram dan  ku jaga
Lama besar jadinya

Ku petik bunga mawar
Ku letak di kepala
Ku jalan sini sana
Harum wangi baunya

No comments:

Post a Comment